Monday, April 30, 2012

Kisah Cinta Rasulullah dan Aisyah

KISAH 1
Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya..."Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?""Ya"..jawab Aishah..Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..Setelah agak lama, Rasulullah bertanya.."Adakah kamu merasa puas?""Belum ya Rasul" jawab Aishah...Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah...


KISAH 2
Diriwayatkan oleh Aisyah sendiri.."Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya.Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku..lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali.."


KISAH 3
Aisyah r.a bercerita.."Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut.."


KISAH 4
Aisyah pernah meminta Rasulullah agar berdoa untuk beliau.."Ya Rasul, doakan lah aku"Kemudian Rasulullah pun berdoa dengan berkata"Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah, baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dosa yang terang mahupun yang tersembunyi.."Aisyah ketawa gembira mendengar doa Rasulullah lalu Rasulullah bertanya.."Ya Aisyah, adakah kamu gembira dengan doaku tadi?""Sudah tentu..bagaiman mungkin aku tidak bahagia dengan doamu ya Rasul" jawab Aisyah..


KISAH 5
Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..”Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu gembira dan bila kamu marah padaku..”Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah bertanya..”bagaimana kamu boleh tahu?"Jawab Rasulullah.."Jika kamu gembira, kamu akan berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim"Kemudian Aisyah berkata.."Memang benar, ya Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai Rasulullah kecuali namamu sahaja.."Moga-moga kita semua dapat mengambil teladan yang baik dan contoh yang baik daripada kisah Nabi junjungan..sentiasa cambahkan perasaan cinta dan kasih saying dalam rumahtangga agar kekal bahagia hingga akhir hayat..insyaAllah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...